Semenjak kes Teoh Beng Hock yang merupakan setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah yang ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam pada 16 Julai lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dalam dilema ketika melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh ketelusan dan berintegriti.
Kes tersebut yang masih dalam siasatan melalui Mahkamah Majistret dalam prosiding Inkues yang diketuai oleh Koroner Azmil Mustapha Abas menimbulkan tanda tanya tentang kematian sebenar Teoh Beng Hock sama ada disebabkan bunuh diri ataupun disebabkan oleh pembunuhan. Prosiding yang kini memasuki hari ke sebelas masih menemui jalan buntu untuk menentukan kematiannya yang sebenar.
Di dalam kekalutan ini, kerajaan Selangor telah mengenakan sekatan terhadap SPRM agar hanya melaksanakan siasatan dalam tempoh waktu bekerja dan tidak keluar dari bangunan rasmi kerajaan negeri gara – gara kes yang masih diadili melalui Inkues. SPRM dilihat semakin tertekan apabila rakyat dan mahasiswa mulai menyampah dan semakin kurang yakin terhadap kredibiliti badan induk yang menangani gejala rasuah di Negara ini.
Sesungguhnya penubuhan SPRM yang menggantikan Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) adalah melalui desakan parti – parti politik, mahasiswa dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk melihat badan tersebut bebas daripada kuasa eksekutif Negara. Sebelum ini BPR diletakkan dibawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dilihat seakan menjadi alat parti pemerintah untuk menyelamatkan pihak – pihak yang berkepentingan. Oleh itu, atas inisiatif semua pihak BPR kemudian telah mulai dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menjalankan tugasnya secara rasmi pada 1 Januari 2009. Dengan kuasa sebagai badan berstatut (statutory body) yang mempunyai akta tersendiri di bawah kuasa Parlimen, badan ini masih lagi dilihat berpihak kepada parti-parti yang berkepentingan.
Kes – kes yang menjadi tanda soal sehingga ke hari ini seperti kes yang melibatkan mantan Menteri Besari Selangor, Datuk Dr Khir Toyo melibatkan rumahnya yang dikatakan bernilai RM24 juta yang berada di Shah Alam masih tidak disiasat oleh SPRM. Fakta ini telah didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Sekinchan, Ng Suee Lim selepas membawa pemberita meninjau banglo tersebut yang beliau sifatkan sebagai Istana Khir Toyo.
Begitu juga dengan kes yang terbaru melibatkan isu Projek Zon Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ) semakin terbongkar dan merumitkan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendedahkan kepada media bahawa pihaknya telah memberikan sejumlah wang RM10 juta kepada Pengerusi MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat yang juga merupakan Menteri Pengangkutan untuk melaksanakan aktiviti MCA. Kes tersebut mendapat cemuhan umum apabila SPRM hanya menyiasat Datuk Seri Tiong King Sing dan belum menyiasat Datuk Ong Tee Kiat. Senario ini menambahkan rakyat dan mahasiswa tidak percaya penuh kepada akauntibiliti dan integrity SPRM.
Mahasiswa mendesak supaya SPRM membubarkan semula kepimpinannya kerana kepimpinan yang sedia ada tidak memuaskan dan mencalarkannya ketelusan dan nama baik SPRM. Selain itu, mahasiswa juga mendesak supaya SPRM menjadikan sepenuhnya Suruhanjaya Antarabangsa Menangani Rasuah (ICAC) di Hong Kong sebagai model. Ini bagi mengembalikan kekuatan dan ketelusan badan tersebut.
Di samping itu, mahasiswa juga mendesak supaya Suruhanjaya Diraja bagi Mengkaji Peraturan Soal Siasat SPRM dipercepatkan dan ditubuhkan juga Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji integrity dan kredibiliti SPRM yang dilihat semakin menikus dan hilang taringnya (toothless tiger) kerana hanya menumpukan siasatan terhadap Adun – Adun Pakatan Rakyat dan mengurangkan siasatan kepada adun – adun parti pemerintah. SPRM perlu dilihat lebih telus dan berintegriti serta bertindak adil dengan menyiasat kembali ratusan dan puluhan laporan – laporan polis yang dibuat terhadap Adun – Adun parti pemerintah yang dikatakan terlibat dengan nanah rasuah Negara.